ุงูุณَّูุงَู
ُ ุนََُْูููู
ْ َูุฑَุญْู
َุฉُ ุงِููู َูุจَุฑََูุงุชُُู.
ُِSalam Hari Minggu
20 Muharram 1440H
Bersamaan
30 Sep 2018 M
ุจِุณููููููููููۡ
ِ ูฑِููู ูฑูุฑَّุญููۡ
َِٰูู ูฑูุฑَّุญِููููููููู
ِ
ุงَُّูููู
َّ ุตَِّู ุนََูู ู
ُุญَู
َّุฏ َูุนََูู ุขِู ู
ُุญَู
َّุฏٍ
ุงَْูุญَู
ْุฏُ ِِููู ุฑَุจِّ ุงْูุนَุงَูู
َِْูู َูุงْูุนَุงِูุจَุฉُ ِْููู
ُุชََِّْููู َููุงَ ุนُุฏَْูุงَู ุฅِูุงَّ ุนََูู ุงูุธَّุงِูู
َِْูู َูุงูุตَّูุงَุฉُ َูุงูุณَّูุงَู
ُ ุนََูู ุฃَุดْุฑَِู ุงْูุฃَْูุจَِูุงุกِ َูุงْูู
ُุฑْุณََِْููู َูุนََูู ุกَุงِِูู َูุตَุญْุจِِู ุฃَุฌْู
َุนِْูู
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bermohon keampunan dan keredhaanMu, berikanlah kami kekuatan, taufik dan hidayah supaya kami dapat memperbaiki diri kami setiap hari.
Ya Allah tabahkanlah hati kami,
berilah kami ilmu yang bermanfaat, iman yang kuat dan amalan yang berkat.
Tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kedamaian kedalam hati kami dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.
Ya Allah selamatkan kami dari api neraka dan masukkan kami ke Syurga Firdaus Mu Ya Allah. Masukkanlah kami dan keluarga kami ke dalam golongan orang2 yang beriman dan sentiasa dalam perlindungan Mu Ya Allah.
Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman dan kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir kami.
Ya Allah, satukan kami dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu Ya Allah.
Ya Rabb, sempurnakan agama kami dan ibadah kami. Selamatkan kami daripada melakukan maksiat dan kejahatan.
Ya Allah terimalah amalan kami dan tingkatkan pahala dan rahmat Mu untuk kami, padamkan dan ampunkan dosa-dosa kami sepenuhnya.
Ya Allah limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.
Ya Allah kurniakan kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak isteri/suami kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman. Masukkan kami dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, tingkatkan keyakinan dan tawakkal kami padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
Tingkatkanlah kecintaan kami untuk Mu dan Nabi Mu Muhammad SAW.
Ya Allah ampunilah kami dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki Mu keatas kami. Sucikan niat kami hanya untuk Mu semata2 dan lindungi kami dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Ya Allah selamatkan juga kami dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit keatas nikmat Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku, jangan biarkan kami sendirian. Berkati kami dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata kami.
Ya Allah kami juga memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri/suami kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.
ุฑَุจََّูุง ุธََูู
َْูุง ุฃَُْููุณََูุง َูุฅِْู َّูู
ْ ุชَุบِْูุฑََْููุง َูุชَุฑْุญَู
َْูุง ََََُّْูููููู ู
َِู ุงْูุฎَุงุณِุฑَِْูู
ุฑَุจََّูุง ุกَุงุชَِูุง ِูู ุงูุฏَُّْููุง ุญَุณََูุฉً َِููู ุงْูุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณََูุฉً ََِูููุง ุนَุฐَุงุจَ ุงَّููุงุฑِ
َูุตhََّูู ุงููู ُุนََูู ุณَِّูุฏَِูุง ู
ُุญَู
َّiุฏٍ َูุนََูู ุกَุงِِูู َูุตَุญْุจِِู َูุณََّูู
َ
َูุงْูุญَู
ْุฏُ ِِููู ุฑَุจِّ ุงْูุนَุงَูู
َِْูู.
ุขู
َِّْูู, ุขู
ِّْูู, ุขู
ِّْูู,َ ูุง ุฑَุจَّ ุงْูุนَุงَูู
ِْูู َ
#Tausiyyahku
30-09-2018
๐๐
Thursday, 15 November 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ujian❣๐
Semalam sebelum saya masuk tidur, gosok kaki sendiri, ulang ulang dari atas ke bawah, sambil tu cakap dengan mak, "Nabi ayub dulu lag...
-
ARWAH - Sesungguhnya aku akan bercerai dengan alam dunia dan akan bernikah dengan alam barzakh, yang akan meninggalkan rumahku yang sement...
-
Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid Biografi AlHabib Ali Zaenal Abidin al Hamid Majlis Ta’lim Darul Murtadza dibimbing oleh Al Habib ...
-
Seorang pemuda bertanya kepada Habib Umar: “Kenapa engkau membiarkan murid-muridmu menundukkan badannya dan mencium tanganmu berbolak bali...
No comments:
Post a Comment