-
Hijrah..
nampak saja mudah
penuh cabaran hingga rebah,
perit ; pedih semua singgah,
namun,
tidak mungkin aku mengalah,
hanya hijrah kerana lillah..
Hijrah..
langkah sebuah perubahan,
kemaksiatan lalu ditinggalkan,
gapai apa Allah inginkan,
sebelum tiba saat kematian,
moga kita disyurga Tuhan.
Hijrah..
kunyah segala hinaan,
telan semua cacian,
cukup Tuhan jadi pegangan,
bukan.
jatuh dalam kejahilan,
dan, neraka menjadi teman..
hijrah..
mencari daerah yang hakiki,
untuk penghidupan abadi,
kekalkan illahi dihati,
tidak pada mimpi ngeri,
tapi--
menjadi realiti sampai mati.
—hitamputih.
#Tausiyyahku
No comments:
Post a Comment