Friday, 11 May 2018

secebis SYUKUR

terlalu ramai manusia yang hadir mengatakan bahawa hidup itu tak adil dan taip kali saya mendengar ayat seperti itu,saya akan terfikir,nikmat mana yang dia cuba untuk nafikan?


hidup ini kita akan terasa teramat tidak adil bila rasa syukur itu terhapus hanya kerna kita terlalu memandang kelebihan org lain,kita terlalu suka untuk mebandingkan kehidupan kita dengan org lain, dan akhirnya rasa syukur itu terhapus begitu saja,kita mula merasakan bahawa Allah itu tidak adil,saya sudah berbuat macam2,sedekah,solat,jaga kedua org tua tapi masih saja tdak seperti org lain

wahai hati yang sedang berduka,yang matamu pandanga itu hanyalah kebahagian yg org lain perlihatkan,bisa saja dibalik kebahagian org tersebut,seribu satu duka yang dia pedam,dia tidak ceritakan kepada orang lain,dia tidak perlihatkan bertapa hatinya juga susah,

"jangan hanya kerna kemudahan pada pandangan mata menghapuskan rasa syukur yang lebih mulia disisi Allah"

bersangka baik la dengan ALLAH,mungkin saja dia diberikan kemudahan oleh Allah dengan memiliki segala hantar benda dunia tapi bagi dirimu pula Allah berikan kemudahan dan kelebihan dgn hadirnya doa seorang ibu,dbiberikan kemudahan dalam menjaga solat,diberikan keringganan hati dalam bersedekah,jangan sempitkan fikian bahawa kemudahan dari Allah itu hanyalah dengan memiliki segalanya,percayalah,ada hambah Allah yang lain mengidamkan hidup seperti dirimu.




jangan hanya secebis kebahagian manusia lain menutup mata kita untuk melihat kebahagian yang Allah berikan kepada kita,kebahagian itu tidak selalunya berbentuk benda,kadang Allah hadirkan dalam benda kita masih memiliki kedua orang tua kita,kita dimudahkan melakukan ibadat dan sebagainya.


percayalah,mungkin saja Allah simpankan sesuatu yang lebih besar untukmu tetapi Allah tak berikan sekarang hanya kerna Allah ingin memberikannya pada masa yang tepat dan tempat yang sesuai,percayalah yang ALLAH simpan itu lagi besar dari apa yang kau fikirkan dan bayangkan.

yang secebis rezeki lebih bermakna jika kita syukuri dari nikmat yang bergunung tetapi terlupa bersyukur kepada Allah.

percayalah,ALLAH pasti dan amat pasti akan meninggalkan sesuatu yang bisa kita syukuri hanya kita saja yang perlu bijak untuk mencarinya.

No comments:

Post a Comment

Ujian❣💌

Semalam sebelum saya masuk tidur, gosok kaki sendiri, ulang ulang dari atas ke bawah, sambil tu cakap dengan mak, "Nabi ayub dulu lag...