Thursday, 10 May 2018

'hope'

Kalau Tak Suka, Jangan Beri Harapan Palsu🙄

Pernah dalam situasi cinta bertepuk sebelah tangan ?Bagi saya, kalau kita tahu seseorang tu memang suka kat kita tapi kita tak suka pada dia, seeloknya berterus terang dan bukan beri harapan. So far aku tengok, ramai juga yang ada perasaan pada seseorang tapi tak dibalas but at the same time, diberi harapan .Yang ‘memberi’ harapan tu selalu tak sedar ‘TERberi‘ harapan pada orang yang memang ada perasaan pada dia dan mengharap cinta terbalas.

Kalau dah rasa takde perasaan langsung kat orang tu, berterus terang saja lah. Selalunya orang akan kata ‘tak ready’ tapi tahukah anda bahawa alasan “saya tak ready” tu masih penuh dengan harapan bahawa anda akan menerima dia suatu hari nanti. “Saya tak ready” tu maksud bukan kau tak boleh balas cinta dia atau tak suka dia cuma kau perlukan masa sikit lagi untuk ada commitment.

Kata tak boleh anggap dia sebagai someone special dan hanya nak berkawan tapi cara layanan over-caring. Membuatkan si dia yang memang ada hati kat kau tu hati lebih berbunga-bunga lah. Bukan tak boleh caring tapi janganlah buat orang tu lebih perasan dan masih berharap. Make it short dan simple sudah la. Asalkan kita tak memberi harapan yang end up akan pecahkan hati orang. Betul tak ?

Kata tak suka , tapi kenapa tiap kali diberi hadiah/sesuatu selalu terima dengan tangan terbuka ? Bagi aku, lebih baik jangan terima sebab nanti terhutang budi dan secara tak langsung memberi harapan. Mungkin lah dengan beri hadiah tu semua untuk memujuk supaya balas cinta dia. So, jangan lah terima.  Orang kata rezeki jangan ditolak  tapi kalau orang di sana terus mengharap? Tak ke kecewa kan dia dan aniaya tu. Lebih baik tolak dan kata “saya taknak terhutang budi” tapi kalau dia respond  “eh takde la, saya taknak balasan apa-apa pun.Memang ikhlas nak bagi”, means itu memang rezeki. Hehe.

Kau dah tahu si dia tu suka kat kau dan mengharap kan ? Bila kau luahkan dan kongsi masalah dengan dia, lagi lah dia rasa macam kau perlukan dia. Lagi lah dia rasa ada harapan dan sentiasa korban masa untuk dengar masalah kau dan akan hope kau nampak semangat dia dan sentiasa ada bila kau perlukan dia. Bila kau luahkan masalah pada dia, dia akan rasa kau anggap dia macam tulang belakang kau dan tempat untuk berdiri.  Dia lah tempat kau bergantung. Bila kau ada masalah je, kau minta pertolongan dari dia, maka dia akan berharap terus.

Kalau rasa tak suka dan tak boleh suka, sila la berterus terang.  It's best to tell them, rather than allow them to live a lie, and give them false hope.

No comments:

Post a Comment

Ujian❣💌

Semalam sebelum saya masuk tidur, gosok kaki sendiri, ulang ulang dari atas ke bawah, sambil tu cakap dengan mak, "Nabi ayub dulu lag...