[ Adab Berniqab ]
1) Tidak berhias berlebih-lebihan (tabarruj) sebab fungsi niqab itu sendiri ialah untuk menutup dan tidak menarik perhatian
2) Ketahui niat berniqab. Kenapa perlu berniqab. Sentiasa semak balik niat. Sebab niqab ni pakaian mulia. Jadi, kena pelihara sebaik-baiknya
3) Hormat pakaian mulia ini sendiri. Sesuatu yang tinggi darjat nya. Jangan berlaku zalim dengan meletakkan nya ditempat yang tak sepatutnya
3) Sudah penuhi tuntutan2 wajib yang lain. Ada yang pakai niqab tapi tak menutup aurat dengan sempurna
4) Sentiasa perbaiki adab dan akhlak. Sentiasa perbaharui niat dan sentiasa mencari ilmu supaya hati lebih teguh.
5) Tidak berlebihan dalam mendedahkan diri dalam Media sosial dan sebagainya (jika ada keperluan sahaja). Tapi ahsannya tidak perlu
6) Ada yang berniqab ketika hendak ke majlis ilmu sahaja. Itu tak pe sebab nak melindungi diri daripada menjadi perhatian.
Nota tambahan: Bagi yang berniqab, antara ujian yang akan dihadapi ialah keinginan untuk bergambar dan upload gambar. Jadi, teguhkan hati dan lihat balik niat kenapa kalian berniqab. Kalau diuji, atau ada yang mencaci kalian sebab akhlak kalian x seiring dengan niqab, jadikan ianya sebagai penguat semangat untuk jadi lebih baik. Banyakkan membaca tentang Sirah.
Niat yang betul, diiringi akhlak yang baik, in sha Allah, Allah akan zahirkan haibah. Buat orang rasa gerun nak dekat. Bagi yang dulu berniqab tapi sekarang dah tak berniqab, Allah itu Maha Mengetahui. Jangan pedulikan cakap2 orang. Ianya bukan sesuatu yang aib. Hanya kita dan Allah tahu sebab2 nya.
Semoga Allah beri kekuatan kepada semua sahabat2 saya untuk terus berhijrah ke arah yang lebih baik.
By nayli.
Wednesday, 21 November 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ujian❣💌
Semalam sebelum saya masuk tidur, gosok kaki sendiri, ulang ulang dari atas ke bawah, sambil tu cakap dengan mak, "Nabi ayub dulu lag...
-
ARWAH - Sesungguhnya aku akan bercerai dengan alam dunia dan akan bernikah dengan alam barzakh, yang akan meninggalkan rumahku yang sement...
-
Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid Biografi AlHabib Ali Zaenal Abidin al Hamid Majlis Ta’lim Darul Murtadza dibimbing oleh Al Habib ...
-
Seorang pemuda bertanya kepada Habib Umar: “Kenapa engkau membiarkan murid-muridmu menundukkan badannya dan mencium tanganmu berbolak bali...
No comments:
Post a Comment