Friday, 27 April 2018

 Al-Habib Umar Bin Hafidz

Biografi Guru: Al-Habib Umar Bin Hafidz

al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz

Nasab

Nasab beliau yang mulia ialah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin‘Aidrus bin al-Hussain bin al-Shaikh Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain cucu Nabi, putera kepada pasangan ‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sohbihi wasallam.

 

Kehidupan

Beliau dilahirkan sebelum waktu fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963M di Kota Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan dari kota ini selama berabad-abad lamanya. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda’wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.

Demikian juga kedua-dua datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang juga merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ‘ulama dan intelektual Muslim pada zamannya. Allah seakan-akan telah menyediakan kondisi dan persekitaran yang sesuai bagi al-Habib ‘Umar melalui hubungannya dengan para intelektual muslim di sekitarnya serta kemuliaan yang muncul daripada kalangan keluarganya sendiri dan lingkungan masyarakat di mana beliau dibesarkan.

 

 

Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan beliau juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith, Bahasa Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain. Beliau turut serta dalam halaqah ilmu yang dikendalikan oleh ramai ulama-ulama tradisional seperti al-Shaikh Muhammad bin ‘Alawi bin Shihab, al-Shaikh Fadl Baa Fadl dan juga para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari ilmu-ilmu agama dan kerohanian dari ayahnya yang meninggal syahid, al-Habib Muhammad bin Salim, yang daripadanya beliau dapatkan cinta dan perhatian yang mendalam pada da’wah dan bimbingan keagamaan mengikut cara yang dikehendaki Allah SWT. Ayahnya begitu memperhatikan al-Habib ‘Umar sewaktu kecil yang sentiasa berada di sisi ayahnya di dalam halaqah ilmu dan zikir.

Satu ketika berlaku peristiwa tragis saat al-Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk menunaikan solat Jum‘at, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan beliau yang masih kecil ketika itu pulang bersendirian ke rumahnya dengan masih membawa syal (kain berupa selendang) milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak lagi kelihatan. Ini menyebabkan beliau menganggap bahwa tanggung jawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya iaitu dalam bidang da‘wah disampaikan melalui syal ayahnya, ibarat sebuah bendera perjuangan yang diberikan kepadanya sebelum ayahnya mati syahid. Sejak itu, dengan bendera tersebut yang dikibarkannya tinggi-tinggi, ia memulakan secara bersemangat perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk majlis-majlis ilmu dan berda’wah. Perjuangan dan usahanya yang gigih demi meneruskan perjuangan ayahnya mula membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di masjid-masjid setempat di mana ditawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.

 

 

Sesungguhnya al-Habib ‘Umar ialah seorang ulama’ yang benar-benar memahami kitab suci al-Quran sehingga ia telah diberikan sesuatu kurnia yang khusus daripada Allah, meskipun ketika usianya yang masih muda. Namun hal ini mula menyebabkan timbulnya kekhuatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan supaya beliau dihantar ke kota al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara. Ini menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang berniat jahat ingin mencelakakan beliau.

Di sana bermula babak baru yang penting dalam perkembangan ilmu beliau. Dengan memasuki sekolah Ribat di al-Bayda’ beliau mula belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan mereka yang ahli iaitu al-Habib Muhammad bin ‘Abd-Allah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan seorang ‘alim mazhab Shafi‘i al-Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya beliau diangkat sebagai seorang guru tak lama kemudian. Beliau terus melanjutkan perjuangannya yang tak mengenal erti lelah dalam bidang da‘wah.

 

 

Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati manusia seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran dimulakan dan masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkan dirinya sentiasa kekurangan tidur dan istirehat. Namun usaha beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila manusia tersentuh dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para pemuda yang sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida’) sebagai cara pakaian umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi meraih sifat-sifat luhur dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

 

 

Sejak saat itu, sekelompok besar masyarakat yang telah terkesan dengan da’wah beliau mula berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan da‘wah di bermacam-macam kota, baik besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mula mengunjungi banyak tempat mahupun masyarakat di seluruh Yaman, mulai dari kota Ta’iz di utara, untuk belajar ilmu daripada mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mula menaruh perhatian dan kasih-sayang yang besar terhadap beliau sebagaimana yang didapatkan daripada Shaikh al-Habib Muhammad al-Haddar sehingga guru beliau itu menawarkan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang luar biasa.

Tak lama kemudian, beliau melakukan pengembaraan yang melelahkan untuk menunaikan ibadah Haji di Makkah dan menziarahi makam Rasulullah SAW di Kota Madinah. Dalam perjalanannya ke tanah Hijaz, beliau dikurniakan kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab daripada para ulama yang terkenal di sana, terutama daripada al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang telah menyaksikan bahawa di dalam diri al-Habib ‘Umar, terdapat semangat pemuda yang penuh kecintaan terhadap Allah dan Rasul-Nya SAW dan seorang yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ilmu dan keadilan kepada umat manusia, sehingga beliau benar-benar dicintai al-Habib Abdul Qadir selaku salah-seorang gurunya yang utama. Beliau turut dikurniakan kesempatan untuk menimba ilmu dan mendapatkan bimbingan daripada kedua-dua simbol keadilan di Hijaz, yakni al-Habib Ahmed Mashur al-Haddad dan al-Habib ‘Attas al-Habashi.

 

 

Sejak itulah nama al-Habib Umar bin Hafiz mula tersebar luas disebabkan kegigihan usaha beliau dalam menyeru manusia kepada agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan dan kemasyhuran yang besar ini tidak sedikit pun mengurangkan usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya. Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingati Allah dalam pelbagai manifestasi dan cara, dalam pelbagai situasi dan lokasi yang berbeza. Perhatiannya yang mendalam dalam usaha menyuburkan keimanan terutamanya terhadap mereka yang berada di sampingnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling dilihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke seantero dunia masa kini.

 

 

Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad merekaMembersihkan jiwa serta mendidik akhlakMengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.

Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.

 

 

Al-Allamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun

Karya

Di samping seorang pendakwah, Habib Umar juga seorang penulis yang produktif. Karya-karyanya tidak terhad kepada ilmu Fiqh sahaja, bahkan beliau juga mengarang beberapa kitab Tasawuf dan Maulid. Kitab yang ditulis antara lain:

Dhiya’ul Lami’ (Maulid Nabi Muhammad SAW)

Dhakhira Musyarofah (Fiqh)Muhtar Ahadits (Hadits)

Nurul Iman (Aqidah)

Durul Asas (Nahu)

Khulasah Madad an-Nabawi (Zikir)

Tsaqafatul Khatib (Panduan Khutbah)

Olahan semula daripada sumber asal:

Laman Rasmi al-Habib Umar bin Hafiz (Arab)

Wikipedia Indonesia

Laman Pondok Habib

Be Sociable, Share!

Sumber : darulmurtadza. Com

Habib Ali zaenal abidin

Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid

Biografi

 

AlHabib Ali Zaenal Abidin al Hamid

 

Majlis Ta’lim Darul Murtadza dibimbing oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

Nama penuh / Nasab beliau:

Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar

 

 

Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:-

1974 – 1992

Foto Kredit: RoundtripParadise

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:

Ustadz Hasan BaharomUstadz Soleh Bal As’adUstadz Abdul HamidUstadz Soleh Bin AgilUstadz Ahmad BarakwanUstadz Husin Bin Abu Bakar

dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

1993 – 1995

 

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:

Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)Al Habib Ali MasyhurAl Habib Salim As SyatiriAl Habib Hasan As SyatiriAl Habib Abdullah Bin SyihabAl Habib Abdul Qadir Jailani Al MasyhurAl Habib Abdullah bin Syeikh Al IdrusSyeikh Fadal Ba FadalAl Habib Musa Al Kazim As SaqqafSyeikh Umar Husain Al KhatibSyeikh Umar Abu Bakar Al KhatibAl Habib Ali Abdul Rahman Al JufriHabib Umar Bin Hafidz (kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

 

Habib Umar Bin Hafidz (kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

 

Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

 

1996 – 2001

Foto Kredit: ibnuirfadzil

 

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

 

2002- Sekarang

Foto Kredit: src-iium

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.

Alhamdulillah, beliau telah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters).

 

 

 

Majlis Ta’lim Darul Murtadza

 

Logo Rasmi Majlis Ta’lim darul Murtadza

 

 

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.

 

ketika di Surau al Hidayah AU3, sebelum berpindah ke Masjid Muadz bin Jabal

Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke, di Surau Al Hidayah (AU3) dan sekarang, di Masjid Muadz Ibn Jabal, Setiawangsa dengan jemaah yang makin bertambah, InsyaAllah.

Jemaah yang hadir di Majlis Ta’lim Darul Murtadza selepas berpindah ke Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL

Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

Sumber : DarulMurtadza.com

Thursday, 26 April 2018

Easy


"Saya pelik how come certain people fall in love too easily. Rather, if I were a gambler, I'd bet huge money that you get infatuated very easily. It can be pretty to get infatuated with many girls/boys, and even though you may get a rush of emotions and can't stop thinking about them, that's not love"
Saya mengangguk perlahan.
"Tapi manusia memang begitu" saya membalas.
"Mereka akan mudah jatuh hati. Mudah juga dalam memberi hati. Ada satu saat, dengan sekali pandang, mereka boleh terus berkenan dan terperasan sendiri. Walhal, itulah kali pertama  ternampak orang itu, itulah kali pertama mungkin mereka bersua dan bertegur sapa"
Kami semua terdiam.
"Macam awak duduk dekat bus stand, ada seorang duduk sebelah awak, dan dia ajak awak berborak. Lebih lagi awak tengah forever alone, awak layan berborak dalam 5 minit, at the end awak akan terjatuh hati sendiri dan secara tidak langsung awak akan terdetik"
"Mungkin ini lah orang yang sesuai"
"Mungkin tuhan memang dah takdirkan dia ini orangnya"
"Tak salah mencuba"
"Ya, manusia memang begitu. Mereka mudah untuk meletakkan perasaan pada orang yang mereka selesa. Selesa berborak untuk minat yang sama, selesa untuk berbincang soal yang mereka sama - sama sependapat"
"Tapi sebenarnya perasaan itu tetap sekadar perasaan. Yang mana ia akan hilang sekelip mata setelah tidak lagi ketemu untuk beberapa ketika. Lepas bila awak naik bas, awak tak berhubung, perasaan itu akan beransur hilang, dan sebulan lepas tu, bila awak berjumpa dengan orang lain, perkara yang sama akan terjadi"
"Love is so much deeper"
"Ia tidak semudah dengan satu pandangan, dan pengamatan, ia akan terus menuju ke hati dan duduk selamanya di situ. Tidak"
"Perit duri, ranjau kehidupan seseorang, belum tentu sama dengan apa yang kita minat. Kita suka pada perwatakan dia, belum tentu kita berkenan pada paras rupa dia. Kita berminat pada tubuh fizikal, belum tentu kita akan jatuh hati pada sejarah lampau dia. Kita minat pada dia, dia minat pada kita, belum tentu kedua - dua belah keluarga saling menyukai antara mereka"
"Ya, begitulah tuhan memberi - berikan rezeki cinta. Tidak sepenuhnya sama dengan apa yang kita mahu"
"Cinta bukan sekadar awak dapat berkenalan dengan lelaki segak yang bergaya, dan dia membalas ucapan awak dengan ayat romantis. Cinta bukan sekadar awak dapat berjumpa dengan perempuan yang cantik dan manis rupa paras, dia menghiburkan hari hari awak dengan ayat yang gembira. Belum tentu"
"Realiti kehidupan hari ini tidak seindah semalam. Tidak seindah yang kita dambakan"
"Untuk hari ini, setidaknya seorang lelaki yang berjaya membimbing isterinya kepada agama, mengingatkan tentang agama, dan menjaga keturunannya boleh didefinisikan sebagai cinta"
"Untuk hari ini, seorang isteri yang taat pada suami, melayan kehendak suaminya, mendahulukan suaminya dalam apa jua hal sekalipun, boleh juga didefinisikan sebagai cinta"
"When you fall in love easily, you also set yourself up for the fall. Because when you fall in love easily, you never have to deal with someone else breaking your heart. You’re already doing that yourself"
"Jangan mudah jatuh hati, dan hati - hati dalam memberi hati"
"Setidaknya, kita masih berpeluang untuk menyukai seseorang untuk kali kedua dan seterusnya"




Tuesday, 24 April 2018

hijrah c selfie

Kisah Penghijrahan Si Selfie

Assalamualaikum semua.

Ingin saya berkongsi satu cerita penghijrahan harini..Cerita mengenai si Selfie..Semoga bermanfaat...
Si Selfie:

Sama seperti remaja..apa yang dia buat, makan, pakai, semua akan di upload di laman sosial.. Setiap kali dia post, mesti akan ramai LIKE dan COMMENT..
Adatlah di laman sosial.. Setiap kali dia makan, mesti dia upload..
Setiap kali dia beli barang baru, upload juga..Setiap kali dia keluar, upload..
Tak kurang juga dengan teknologi kini, dengan fish eye dan sebagainya.. Menambah menarik ketika upload gambar..

Baru-baru ni, trend pakaian semakin menarik.. Paplumnya, wide shawlnya, hijabistanya..Semua dia upload..
TETAPI,
Apa yang menarik sekarang adalah fashion Niqab dan Purdah..Dia sentiasa perhati bila niqabis upload gambar, mesti beribu LIKE dan COMMENT, terutama ustaz-ustaz laman sosial..
Dia mencuba untuk upload gambar berniqab dan memang ramai yang LIKE berbanding gambarnya yang biasa.. Semenjak itu, caption si selfie adalah "niqabis part time" Hakikatnya, di luar, dia masih berpakaian seperti biasa. Menutup aurat tapi tidak sempurna tertutup..

Dia berasa gembira bila orang LIKE gambarnya, dan cinta akan seorang ustaz di laman sosial yang selalu COMMENT di gambarnya. Ustaz itu sentiasa chat dengan dia dan hampir setiap hari si selfie akan upload gambar baru.. Ramai yang menegur si selfie kerana perubahannya ke arah yang lebih baik dan lebih ramai lelaki yang add si selfie di laman sosial..
Pernah sekali, ada seseorang hamba Allah menegur perbuatannya yang selalu selfie..


"Assalamu'alaikum si selfie.. Maafkan saya menegur cuma saya nak tegur, kurangkanlah berselfie dengan niqab..Tajdid niat tu."

Si selfie hanya balas, "Biarlah, bukannya aku full time..Part time je..Nk cari yg soleh utk bimbing diri ini."
Ditakdirkan si selfie untuk hadir di satu majlis ilmu di tempat belajarnya.. Tajuk ceramah adalah "Di Sebalik Lensa." Naqibah itu seorang yang berniqab dan majlis itu hanya untuk muslimat sahaja.. Lalu, dia berkata kepada semua muslimat mengenai keburukan di sebalik selfie..

"Wahai semua adik yang ku sayangi, mesti semua tahu akan fenomena Selfie yang melanda kini bukan?" "Dengan makanannya, barangnya, dan semua lah. Tapi paling famous sekarang selfie di kalangan muslimat." "Tak kira lah yang bertudung labuhnya, berniqabnya dan semua. Semua yang bergelar wanita."

"Wahai bakal bidadari Syurga, sukakah kamu menjadi ratapan rakus kaum Adam dengan menayang gambar mu?" "Mungkin kamu akan kata yang aurat kamu sudah tertutup, tapi sempurnakah?" "Kalau sempurna, Alhamdulillah.. Tapi, apakah kamu yakin kaum Adam tak mampu berimaginasi akan tubuh mu?" "Kamu tak mampu halang mereka daripada berimaginasi tapi kamu boleh halang diri dari mengupload gambar kamu." "Kamu marah orang save gambar kamu tapi mereka tak akan mampu untuk save kalau kamu sendiri tak upload gambar."

" saya menegur kerana sayang, kerana saya dah pernah buat salah yang sama.. Jangan ulang kesalahan saya..Berubahlah sayang."


"Terutama bagi mereka yang suka upload gambar berniqab sedangkan kamu bukan niqabis." "Kain itu adalah penutup pintu fitnah bagi kita dan jangan cemari dengan sifat suka selfie dan upload." "Ya, kamu dapat ramai followers dan like..Ya, alasan kamu berdakwah dengan berniqab.. Bagus tp tak kena dengan caranya." "Mesti ramai ustaz laman sosial suka akan kamu tapi adakah itu niat anda? Tajdid niat, Lillahi ta'ala.

"Sekarang, nak mencari niqabis yang sejati, bukan mereka yg ada di laman sosial, tapi mereka yang malu untuk pamerkan diri di laman sosial."

"Sebenarnya, diri muslimat kini semakin terhakis rasa malu di dalam diri.. Bukan seperti muslimat di zaman dahulu." "Kenapa sekarang susah ada srikandi Islam? Muhasabah diri bersama.. Pesanan buat diri saya juga."

"Seandainya tiada rasa malu dekat manusia, mana hilang rasa malu kepada Allah SWT?" "Wahai bidadari, jom kita berubah? Jom sempurnakan aurat kita, tak lupa juga solat kita..Jaga hubungan kita dengan Allah SWT sentiasa."

Kata-kata naqibah amat memberi kesan kepada si selfie.. Balik rumah, dia terus scroll gambar

-gambarnya..Di delete satu demi satu gambarnya.. Kemudian dia terbaca satu post di FB..

"Tak berasa kasihankah kamu pada saudara kamu yang tak mampu makan semewah kamu, membeli barang seperti kamu? Untuk apa tayang?" "Semua itu pinjaman..Seandainya riak muncul, lebih baik kamu buang semua.. Astaghfirullah."

"Seandainya aurat kamu itu sudah ditegur, kamu sendiri yang menanggung dosa..Kata impikan syurga, tapi? Muhasabah."

Ibarat diri di tikam pedang seribu.. Semua gambar si selfie di delete satu demi satu..Dalam hatinya berkata
" Allahu, masihkah ada ruang untuk ku bersujud bertaubat kepada Mu?" "Sesungguhnya, aku malu pada Mu, Ya rabb. Ampuni aku kerana hanyut dengan dunia."

Pesan si selfie kepada semua muslimat yang membaca kisahnya ini..
"Jangan ulang kesalahan yang dia dah lakukan..Ubahlah selagi sempat." "Nak selfie? Boleh tapi cuba jangan upload.. Buat satu album untuk, suami..Baru sweet." "Kalau menjual barang muslimat, apa salahnya guna patung untuk peragakan jualan kamu."


Alhamdulillah, tamat sudah kisah Si Selfie.. Semoga bermanfaat kepada semua yang membacanya..Assif jiddan jika menghiris perasaan sesiapa..niat ini hanya ingin menyampaikan sedikit ilmu dan juga pengajaran untuk sahabat2 semua.. Wallahua'lam ..Segala yang baik adalah dari Allah , dan yang sebaliknya juga datang dari Allah namun berlandaskan diri saya yang kerdil dan hina ini

cerita yang tidak diceritakan

kadang kita terlalu memikirkan yang pergi
sehingga yang masih ternanti tidak terlihat oleh mata hati


kadang hidup ini pasti ada yang hadir dan ada yang pergi,ada yang hadir mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan berusaha agi untuk menjadi terbaik dan ada pula yang hadir lalu memilih untuk pergi kerna Allah ingin mengajar kita 'Redha' akan sebuah perpisahan....


banyak perkara kadang menguji kekuatan hati dan emosi,ada yang membuat  kita menjadi lemah seakan cerita bahagia hilang entah ke mana,tetapi ada ketika bila waktu berlalu,hari silih berganti,tanpa kita sedar kita dah berjaya melaluinya, sehingga kita mengeluarkan kata kata....

'dulu aku pernah menangis kerna diuji,dan berasa seolah olah tidak mampu menghadapinya tapi tak sangka ujian itu telah berlalu'


percayalah dalam hidup ini memang akan yang ada membuat kita jatuh tersungkur ke bumi tapi itu kerna Allah ingin kita sujud tunduk kepadaNya kerna Allah ingin jauhkan kita dari bersifat melangit.

wahai diri yang kuat, yang comel, yang sentiasa tersenyum walaupun ujian seakan rakan dalam perjuangan......


jangan berputus asa ya,masih jauh perjalanan kita,masih banyak benda yang prlu kita terokai, masih banyak yang perlu kita hadapi
walaupun nanti adalah air mata sebagai teman perjalanan ,tolong jangan berputus asa!!jangan berputus asa!!

masih ada lantai untuk bersujud
masih ada doa untuk tempat meluah
masih ada Allah yang mendengar setiap cerita
masih ada  kata kata Allah menjadi pujukkan untuk setiap luka




Biar cerita ini tidak diceritakan yang penting ada Allah yang mengerti....

Monday, 23 April 2018

Permaisuri hatiku

I B U

Adalah orang yang sangat berjasa, tidak hairan kalau dalam Islam kita harus menghormatinya.

Bahkan dalam sebuah Hadist sampai di jelaskan jika kita diwajibkan menghormati seorang ibu tiga kali dibandingkan Ayah.  Hal itu tidak lain besarnya pengorbanan seorang ibu mulai mengandung, melahirkan, menyusui hingga membesarkan anak anaknya.

Terdapat nasihat yang sangat terkenal dari seorang ulama yang berbunyi
"AL UMMU MADRASATUL ULA"
bahwa seorang ibu adalah seorang madrasah/pendidik pertama bagi anak anaknya.
Pendidikan adalah sebuah hal yang sangat penting yang harus di dapatkan anak, dan pendidikan bagi seorang anak itu tidak di mulai saat ia masuk ke alam sekolah rendah, melainkan jauh sebelum itu saat ia masih dalam kandungan.

Sanah helwah mama yang ke45
Terima kasih atas segala kasih sayang yang diberikan.Maaf kerna kenakalanku sering membuat tidurmu tidak lena..
Semoga diberkati dunia dan akhirat...
Selamat ulang tahun mama

23/04/1973


Sunday, 22 April 2018

TENTANG SOLATKU

Walaupun Solat 5 Waktu Tetapi malaikat akan tetap Menyeret kita Ke Neraka Jika Melakukan "INI"...

Sekadar renungan dan peringatan bersama….

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka”

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
“Solat saya? Solat saya? Doa saya?”

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

“Siapakah anda?”

Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda”

“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

“Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!”

“Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

“Awak ingatkah itu semua??”

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…

Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan
mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi….

(-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang)


Wednesday, 11 April 2018

surat cinta untuk ayah💙

surat cinta untuk ayah💙

Ayah,begitu lama kau pergi tapi terasa baru semalam kita berpisah,masih terdengar dengan jelas bagaimana marahnya dirimu ketika aku buat perkara salah,masih terasa tanganmu yang menghukum saat aku buat salah  yang akhirnya membuatkan aku sedar dan takut untuk mengulanginya semula,mungkin ketika itu aku takut mengulanginya kerna takutkan amarah dirimu tapi setelah aku makin meingkat dewasa aku sedar,aku takut mengulanginya kerna Allah SWT.

Ayah,ku ingat dengan jelas bagaimana terlukanya hatimu pada aidilfitri terakhir kita,aku tahu dirimu kecewa dengan sifat kami adik beradik,MAAFKAN KAMI,
Ayah,mungkin kita jarang berkata,jarang berbicara tapi percayalah,hati kita sering berhubung kerna disitu kasih kita tercipta...

Ayah,mungkin tidak banyak gambar kenangan kita bersama namun ku hargai dan ku rakam dengan sempurna dalam memori tentang bagaimana perjalanan kita sebagai KELUARGA

takkan pernah ada yang mampu menggantikan hebatnya,sayangnya,senyumannya,tawanya wajahnya,didikannya,marahnya, dan juga sifat dan tabiatnya yang menjadikannya seoarang ayah yg sempurna buat anak anaknya.

Ayah,maafkan kerna pernah satu ketika dahulu aku adalah beban kerisauaanmu,menjadi beban untuk tidur lenamu,meskipun kau tak pernah ucapkan rasa cinta sayang tapi aku pasti kerisauan mu lebih tertumpuh pada anak anakmu kerna kami adalah harta ternilai dalam hidupmu.

Ayah,maaf kerna sampai waktu ini aku masih gagal untuk menjadi jambatanmu ke syurga,maaf kerna sampai waktu ini,aku masih menjadi sebabmu untuk diazab kerna kesalahan aku di dunia.
Ayah,maaf kerna masih gagal menjaga auratku dengan sempurna,masih gagal menjaga solatku dengan sempurna.

Ayah,maaf kerna sampai detik ini aku masih gagal menghalang air mata mama untuk mengalir,masih menjadi beban mama,masih gagal untuk berlembut ketika berbicara,masih gagal mengalah saat ego berkuasa

Ayah,kadang aku tertanya kenpa Allah menjemputmu dulu sedangkan aku belum puas untuk bermanja,masih banyak kejayaan yang kukongsikan namun bila ku pandang semula,
Dirimu tersesak tiap kali melakukan rawatan buat sakitmu,mengalir air atamu tiap kali memulakan rawatan...

ku relakan kau pergi andai itu kebaikkan buatmu..

Ayah,tanpamu aku tidak mampu menjadi sehebat ini,tak mampu bahagia seperti ini,
Ayah,banyak perkara yang ingin ku katakan tapi tiada lagi bicara lembutmu membalas setiap ucapan ku,
Ayah dimanapun aku berada,ku doakan kau dipermudahkan disana,berdoa agar syurga adalah tempatmu meskipun aku masih dalam perjalanan menunjuk kepadaNya.

Ayah,aku rindu......tapi hanya mampu berkata melalui doa,dan ku ukir melalui kata kata agar ia menjadi penawar kecil buat rindu in

Ayah,selamat ulang tahun yg ke52......
sanah helwah.....
rindu rindu serindunya.,biar doa jadi pengganti...
biar soleh dan solehah menjadi hadiah terindah...

"Dari Allah kita datang, maka kepadaNya juga kita akan kembali"
"mungkin takdir tak seindah yg kita sangka tapi percayalah,takdir itu sesuai dgn apa yang tertulis menjadi apa yg kita layak"
"jauh kau bawa luka dihati, tanpa memadang ke sini
Jauh rasa cinta kau lari,sampai kasih tersembuyi"

12/04/1966-09/11/2014 Alfatihah buatmu Heroku.....

Monday, 9 April 2018

bicara Takdir💙

kadang dalam hidup ini kita perlu menerima apa yang rtelah Allah berikan tapi tidak salah jika kita perlukan sesorang untuk bertanya....

'awak okey?'

kadang kerna sepotong ayat tu mampu membuat sesorang menerima takdirnya dengan lebih tenang walau kadang hatinya tidak mampu menerima...
at least dia tahu masih ada tangan yang menghulurkan ketika dia merasakan takdir menguji kekuatannya,kadang sesetengah manusia hanya memerlukan bahu untuk menyandar setelah dia sujud menunduk kepada Allah,

bukan manusia namanya kalau kita tidak pernah menangis kerna takdir tapi seiapa kita nak pertikaikan takdirAllah,sedangkan kita hanyalah seorang hamba yang tidak mampu bergerak tanpa rahmatNya,percayalah  ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita,Dia tak pernah silap menyusun takdir kita, Dia tak pernah salah memberikan apa yang terbaik buat kita sebagai hambaNya

hapus air mata tu dan percayalah ini hanyalah sementara,ini adalah cara Allah untuk buat kau menjadi lebih kuat.

Percayalah,ALLAH susun takdir kita dengan sebaiknya!!!💙


Sunday, 8 April 2018

Cinta💙

Belajar mencintai dari kisah Ali dan Fatimah


Menikah memang menjadi penyempurna sepertiga agama kita Islam, namun semudahkah itukah mengatakan ingin menikah? Sudah tau calonmu kelak akan seperti apa? Nah sebelum kita mengatakan siap untuk menikah mari kita belajar sedikit tentang cinta dari kisah Ali bin Abu thalib dan Fatimah Azzahra

Cinta Ali dan Fatimah luar biasa indah, terjaga kerahasiaanya dalam sikap, ekspresi, dan kata, hingga akhirnya Allah menyatukan mereka dalam suatu pernikahan. Konon saking rahasianya, setan saja tidak tahu menahu soal cinta di antara mereka. SubhanAllah. Ali terpesona pada Fatimah sejak lama, disebabkan oleh kesantunan, ibadah, kecekatan kerja, dan paras putri kesayangan Rasulullah SAW itu. Ia pernah tertohok dua kali saat Abu Bakar dan Umar ibn Khattab melamar Fatimah sementara dirinya belum siap untuk melakukannya

Namun kesabarannya berbuah manis, lamaran kedua orang sahabat yang tak diragukan lagi kesolehan-nya tersebut ternyata ditolak Rasulullah SAW. Akhirnya Ali memberanikan diri. Dan ternyata lamarannya kepada Fatimah yang hanya bermodal baju besi diterima. Di sisi lain, Fatimah ternyata telah memendam cintanya kepada Ali sejak lama. Dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari setelah kedua menikah, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda dan aku ingin menikah dengannya.” Ali pun bertanya mengapa ia tetap mau menikah dengannya dan apakah Fatimah menyesal menikah dengannya. Sambil tersenyum Fathimah menjawab, “Pemuda itu adalah dirimu.” SubhanAllah

So, untuk yang masih kebelet nikah tapi merasa dirinya belum pantas atau siap, masih banyak waktumu untuk mempersiapkan diri, jangan hanya memeikirkan kenikmatan setelah menikah, tapi perjuanganmu akan lebih berat ketika kamu menikah kelak. Jangan iri melihat temanmu yang dengan usia yang masih muda sudah memilih jalan untuk menikah, karena itulah takdir mereka.


Wednesday, 4 April 2018

Guruku

 Seorang pemuda bertanya kepada Habib Umar: “Kenapa engkau membiarkan murid-muridmu menundukkan badannya dan mencium tanganmu berbolak balik ? .
Tidak tahukah engkau itu perbuatan yang syirik? Engkau seolah-olah membuat murid-muridmu menyembah sesama mahkluk?, tidakkah hanya Allah lah yang layak disembah? Tunduk atau menunduk kepada makhluk adalah perbuatan syirik.”

Habib Umar hanya tersenyum mendengar ucapan dan pertanyaan dari seorang pemuda tersebut. Lantas Habib Umar memanggil pemuda tadi dan mendekatinya. .
Habib Umar mengambil pena yang ada di dalam saku baju pemuda tersebut kemudian menjatuhkannya kebawah

Ketika si pemuda ini menundukkan kepala dan badannya kebawah guna mengambil pena tersebut, Habib Umar menahannya dan berkata:

“Jangan menunduk!, tidakkah menunduk kepada makhluk adalah bathil?”

“Tidak, aku hanya ingin mengambil penaku dibawah.”

Lantas Habib Umar berkata:

“Aku ini ibaratkan pena, seorang pencari ilmu tidak akan mendapat ilmu jika tidak mempunyai pena, begitu juga dengan murid-muridku, mereka menghargai dan menghormatiku bukan atas permintaaanku, aku tidak pernah memaksa, aku tidak pernah menyuruh mereka mencium tanganku, tetapi ketahuilah wahai pemuda; Seorang tholabul ilim tidak akan mendapatkan setetespun ilmu yang bermanfaat jika dia tidak menghormati gurunya.

Diceritakan dari Al-habib Umar bin Agil Al-Hamid.


Related image

Ujian❣💌

Semalam sebelum saya masuk tidur, gosok kaki sendiri, ulang ulang dari atas ke bawah, sambil tu cakap dengan mak, "Nabi ayub dulu lag...