Friday, 30 March 2018

my life story👟

be honest kn kadang mengeluh tolong org sakit😔,bkn apa,kadang ada sesetengah kluarga mereka geli nk mandikan dan basuh najis ahli keluarga mereka,mereka biarkan jak mak dorg dgn najis tu,Allahu menngis hati sya tgok pesakit tu,pernh sekali sya menangis basuh najis sorg pakcik nie,bkn sbb dia bau atau kotor tapi sya ngis sbb sya sedih tgok keadaan pakcik tu,dari smlm tiada yg bersihkan dia padahal dia ada ramai anak,dia tegur sya”anak,pakcik segan nk mnta rolong tpi pakcik tk selesa,boleh ka tolong pakcik bersihkan najis pakcik,tapi dia brbau sikit,maaf yg nak”smbil butiran jernih di hujung mata dia hadir,dan perlahan mengalir membasahi pipinya,melihat keadaa pakcik tu kn,hati sya menjerit mnangis,tapi sya tahan,masa nk bersihakan pakcik tu,pakcik tu kata”maaf ya nak,pakcik tk ada niat nk susahkan org lain”tk berhenti dia mengatakan maaf,smpai masa Sya  bersihkan,sya ngis,tk mampu bertahan,pakcik tu diam dan perhatikan sya buat kerja,sya mandikan dan bersihkan najis dia sekali,setelah lama dia berdiam,dia bertanya”anak masih ayah ka”,makin deras air mata sya megalir,dan perlahan sya jwp dlm suara yg serak dek sbb mnangis”sya tk ada ayah pakcik,dia dh meninggal 2 tahun yg lalu”,”maaf ya anak,pakcik tak tau”,”tak apa pakcik”,sambil akan senyum menghadap pakcik tu

perlahan pakcik tu bersuara
“alangkah bertuahnya arwah memliki sorg anak gadis sepertimu,berhati mulia lembut dgn keimanan,pakcik ada 6 org anak ,kesemuannya pak cik htr ke sekolah yg terbaik dan alhamdulilah mereka semua berjaya,ada cikgu,polis dan sebagainya tapi syg mereka tk mampu jaga pakcik,dlu ada isteri pakcik tpi dia dh meninggal sbb allah lebih syg dia,Allah nak dia berehat”

selepas mendgr ayat pakcik tu,perlahan sya lap air mata yg makin deras mengalir,”kadang Allah akan hadir sesuatu sebagai pengubat luka kita”

selepas bersihkan pakcik tu,sya minta diri,dekat waktu zuhur sya bergerak ke arah suarau berdekatan,sekembali kaka,pak cik tu pggil sya
“anak,maaf sekali lagi pakcik nak mnta tolong,boleh bantu pakcik ambik wuduh,dh lama pakcik tk solat sbb tiaada yg bantu pakcik ambik wuduh”,tersentap hati buat seketika”Allahu,aku yg sihat nie kadang melewatkan solat sedangkan ada org lain gigih untuk solat tepat pada waktunya meskipun dlm kekurabgan”selepas tu sya bantu pakcik tu ambik wuduh,dgn mengunakan glove,dia solat dgn penuh keimanan,terlihat wjaah yg tenang menghadap tuhannya,tiba waktu brtukar shift,sya kemas barang dan smpat singgah jmpa pakcik tu sebelum dia balik...
“pakcik sya balik dlu,insyaaallah esk kita jmpa lagi,dan esk pagi kita mandi sekali ya”
“insyaaallah klau panjag umur,pakcik nak pesan,tk rmaai nurse seperti dirimu,nanti esk lusa dan jadi staf kekalkan la sifat tu ya,pakcik doakan smoga jadi jururawat yg beriman”
perlahan akak lap air mata yg hadir,”insyaaallah pakcik,amin”

keesokkan harinya,dgn semangat yg baru,sya prgi ke ruangan pakcik tpi sygnya pakcik tu tk ada lagi disana,”maybe dia tukar ruangan”sya cuba cari keseluruga ward tpi tk jumpa,akhirnya sya tnya staf”mana sdah pakcik kat bilik ketiga tu”,”dia sdah meninggal lpas subuh tdi”
“inalillah”,lama sya terdiam seolah masih terbayang wajah bahgia pakcik tu lpas dimandikan pagi kemarin..

kepada mereka yg masih punya ibubapa,hargailah kehadiran mereka,kita tak tau siapa yg Allah jemput dlu tapi cuba untuk berbakti,jasa merek tk kn mampu kita balas,tk ada wang atau banda mampu balas,mereka tak minta lebih,mereka hnya ingin kita menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi diri kita....percayalah,ada org tk diberikan rzki berbakti lama kpda ibubapa mereka jadi mengapa kita perlu sia2 kn rzki yg Allah berikan...

alFatihah buat mereka yg dh pergi💙

Wednesday, 28 March 2018

andai itu cerita kita

Bismillah, assalamualaikum.
Saya nak tanya awak yang membaca ni.

Pernah tak awak sukakan seseorang tapi awak tak berani nak luahkan perasaan awak? Akhirnya awak pendamkan sahaja isi hati awak.

Yup, sejujurnya saya pernah dan sedang mengalaminya 😅 Jadi, saya nak share sesuatu pesanan yang dikhaskan untuk saya juga.

Kalau awak ikhlas sukakan seseorang awak doalah sungguh-sungguh, luahkan segalanya pada Allah, mungkin dengan cara itu hati awak akan lebih terpandu. Nanti tak adalah kita buat kerja gila.
Bukan salah jatuh hati dekat seseorang. Ya, tak salah. Tapi sejauh mana kita boleh jaga hati dan perasaan kita itu agar tidak memberontak. I meant tidak di ikutkan kehendak nafsu tanpa di rujuk panduan Tuhan.

Teman,
Allah tahu awak sukakan dia, Allah tahu awak mahu dia jadi milik awak, Allah tahu awak mahu dia jadi yang halal untuk awak. Tapi mungkin Allah kata belum sampai masanya lagi. Mungkin saat ini Allah mahu kita fokus dulu dengan perbaiki diri kita.

Yang solat wajib tak cukup 5 waktu cukupkan dahulu, yang tak tutup aurat belajar dahulu tutup aurat dengan sempurna, yang fardhu ain masih terumbang-ambing mengaji dahulu.

Kalau benar dia jodoh dari Allah untuk kita. Sampai masa Allah akan datangkan jua dia kepada kita. Imbas kembali cinta Nabi Yusuf a.s dan Siti Zulaikha

Saat Siti Zulaikha mengejar Nabi Yusuf a.s Allah menjauhkan Nabi Yusuf daripadanya. Ketika Siti Zulaikha fokus mengejar cinta Allah. Allah datangkan sendiri Nabi Yusuf kepada Siti Zulaikha.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita dan Allah Maha Mengetahui masa yang tepat bila kita akan mendapatkannya.

Sebenarnya ada baiknya jika kita tidak luahkan perasaan kita kepada orang yang kita suka dalam diam. Kerana itu boleh membuatkan kebergantungan kita kepada Allah semakin kuat. Bukankan Allah itu sebaik-baik perancang?

Kalau kita tidak berjodoh di dunia, mungkin di Syurga sana Allah sudah sediakan jodoh kita. Senyum, Innallaha Ma'ana :)

 ☺️☺️

Sunday, 25 March 2018

ARWAH📝

ARWAH
-
Sesungguhnya aku akan bercerai dengan alam dunia dan akan bernikah dengan alam barzakh, yang akan meninggalkan rumahku yang sementara, akan ditinggalkan sebatang kara untuk jadi jenazah yang akan dimandikan dan akan dikafankan serta disolatkan, yang akan dimasukkan dalam kereta mayat dan yang akan disorong ke dalam liang lahad.
-
Lalu akan ditinggalkan oleh keluarga dan rakan yang tersayang Lalu akan didatangi oleh dua malaikat dan akan menjawab soalannya.
-
Aku berharap aku akan menjadi kenangan yang manis. Aku berharap aku akan menjadi insan yang mereka rindu. Aku berharap kehilangan aku akan buat mereka reda.
-
Maafkan aku jika wujudku melukakan. Maafkan aku sekiranya aku menzalimi.
-
Jika ada sebarang dosaku yang masih terpapar dalam kalamku ataupun dalam gambarku, ataupun dalam tulisan aku bantulah aku, hapuskannya.
-
Doakan, semoga arwah ini tenang di sana.

📝theuwais

Saturday, 24 March 2018

misteri Cinta remaja😱👫

CINTA SEBELUM KAHWIN ITU KUDIS

Sudah lama saya tidak menulis tentang cinta.

Namun hari ini, saya tergerak hati untuk menulis dan menasihati adik-adik saya di kampus, bukan bermakna saya suci dari dosa dan maksiat tapi hanya berkongsi pengalaman yang sudah dilalui.

Memang sopan bila menyebut tentang Cinta Islamik, Cinta kerana Allah. Tapi baik kata-katanya tidak bermakna baik tingkah lakunya. Kata-kata yang baik pasti akan melalui jalan yang sukar, digoda dan diusik dengan gelora nafsu dan bisikan syaitan.

.......................................................................

Wahai lelaki, andalah yang akan mencorak cinta dengan wanita itu. Baiknya anda, baiklah cinta itu. Jangan gopoh mencurahkan perasaan. Wanita itu haram. Haram seperti wanita lain. Hanya akad nikah sahaja yang menghalalkan yang haram.

Kuatkanlah iman. Bila rindu membuak-buak, ambillah wudu' dan solatlah. Menangislah sepuasnya. Mengadulah pada Tuhan bahawa kau merindui wanita itu. Jangan sesekali kau rosakkan hati wanita denRazak
erani melafazkan ayat cinta. Hati wanita ini nipis dan halus. Mudah cair dengan ayat-ayat cinta.

Tahanlah diri dari berhubung wanita itu. Sekali kau berhubung, berkali-kali syaitan membisikkan untuk kau mencari alasan untuk berhubung si dia. Bila kau ada masalah, kau hanya fikir untuk mengadu pada dia tapi sudah lupa DIA yang paling utama.

Cinta sebelum kahwin ini seperti kudis. Sedap ketika digaru, tapi menderita bila berdarah. Sama seperti cinta, nafsu akan kata sedap tapi hati menderita. Hilang ketenangan, hilang kemanisan ibadat.

Sanggupkah kau kehilangan kemanisan ibadat hanya untuk cinta seorang wanita? Wanita yang belum pasti menjadi jodohmu. Kau tidak tahu apa yang berlaku kemudian hari. Wanita itu mungkin akan mati, lumpuh atau putus cinta. Semua itu tidak mustahil. Sangatlah rugi bila kau kehilangan wanita itu, tapi lagi rugi kau kehilangan kemanisan iman. Rugi dunia, rugi akhirat.

Beramallah dengan ayat Allah. Jauhi diri dan ahli keluarga dari api neraka. Bukan selepas kahwin baru nak mula, tapi sekarang. Bermula kau mengenali dia dan menyimpan rasa cinta. Jagalah diri dan dia dari api neraka!

Wahai wanita, mahalkan lah dirimu. Jangan mudah tergoda dengan pujuk rayu lelaki. Jika kau sayang pada dia, jangan cabut iman dalam hatinya. Jangan rosakkan keizzahan dirinya. Tegaslah walau dia tidak suka. Kerana kau lebih mencari cinta Allah dan kau lebih takut padaNya.

Biarlah dia mahu merajuk berkali-kali bila kau mula bertegas. Tapi kau jangan mengalah walau sekali. Kerana kau berada dijalan yang betul. Kau pertahankan kesucian cinta dengan ketegasanmu. Simpanlah segala kelembutan selepas dia menjadi halal untukmu. Sekarang kau dan dia tiada erti apa-apa yang boleh menghalalkan yang haram.

Bermujahadahlah wahai lelaki dan wanita, sebaiknya gunalah orang tengah untuk berhubung. Hari ini kau boleh kata 'ana nak contact enti ada keperluan' tapi esok dan lusa, syaitan akan bagi kau ilham untuk mencipta alasan untuk berhubung, mesej, call, skype.

Syaitan ini licik. Sangat licik. Jika kau orang agama, orang ditarbiah maka syaitan akan mengguna hujah agama untuk memujukmu. ' Kali ini je, lepas ni aku bertaubat, aku istighfar'.

Sekali kau bagi peluang untuk call, kau sudah berada dalam bahaya. Zina semakin dekat dengan kamu berdua. Percayalah ayat Allah; Jangan kau dekati zina.

Kembalilah pada Allah jika kau sudah tersasar jauh. Pintu taubat masih terbuka. Masih belum terlambat. Jagalah kesucian cinta kamu...

Wallahualam.

Credit to : Ab Malik Ab Razak

Abah kata
"Kesetiaan kita diuji dengan Allah hadirkan sesorg yg lebih baik dari dia dan dia diuji dengan kita yg lebih memandang lebih baik dari mengubah yg ada menjadi lebih baik"

Memang ada larangan dalam bercinta sebelum nikah tapi Allah tak larang berdoa untuk cinta sebelum nikah, agar dia jodoh yg Allah kirimkan.
You got what i mean?😉

Cerita Hamba

Mari kita ngukur diri

Masing2 manusia mempunyai cara pandangan tersendiri dan memiliki kemampuan dan pemahaman dalam mengungkapkan rasa kecintaannya kepada Allah..

Tidak perlu Riya dalam mengungkapkan sesuatu yang berbau 'Sirr.. dan tidak perlu juga terlalu over dosis dalam menyampaikan rasa kecintaannya kepada Allah...

Saya punya pandangan tersendiri untuk mengungkapkan rasa syukur, rasa kecintaan kepada Aĺlah dan Rasulullah dan rasa kepedulian pada sesama.. Dan mungkin kamu juga memiliki sudut pandang yang berbeda dalam mengungkapkannya..

Hargai setiap siratan yang hadir di dalam hati kita masing2 karena tidak semua manusia memiliki ukuran pemahaman yang sama sesuai qualitasnya dalam penyembahan kepada Allah..

Apapun yang berbau nafsu tidak akan berakhir dengan berkah walau dalam menjalankan ibadah pun sesuatu yang berlebihan adalah haram dan biasanya yang bernafsu dalam beribadah Allah tidak akan meridhoi-Nya..

Sesuatu apapun yang berhubungan dengan keilmuan agama tidak perlu diperdebatkan terlalu lebay.. Karena masing2 individu manusia memiliki pola pemahaman hati tergantung daya serapnya menyaring ilmu yang di yaqini.. dan setiap manusia memiliki qualitas pemahaman hatinya berbeda2.

So nafsi2 jauh lebih arif dan bijaksana dalam menyikapi keilmuan... Jangan menuhankan Islam tapi menuhankan Tuhan Allah Al Haq Azza Wa Jalla dan terkadang kita hanya sibuk Beragama lupa Bertuhan..
Liatlah bunga anggrek ini, jika hanya ada satu warna maka indahnya tak terpancar kan
Beda dengan yg penuh warna.
Begitu juga dgn pelangi
Solehah.......
Fokus pada aqidah kita, jaga hati kita agar tdk terjerumus dalam debat yg mengeraskan hati
Mari kita tetap selalu belajar dan belajar kepada guru yang benar benar sanad nya sambung ke Rosulullah Saw.
Mohon maaf lahir batin

#sygbundarokykhayafatah ❤️

cerita Wanita😘

HUKUM WANITA CUKUR MISAI

Kalau org prmpuan ada misai....Boleh buang ke..harus ke hukumnya

Jawapan kami;

Menurut pandangan ulama Mazhab Syafi'i, wanita yang mempunyai janggut, misai atau kumis sunat mencukur atau mencabutnya walaupun dia tidak mempunyai suami (Asna al-Matalib, Mughni al-Muhtaj, Hasyiah al-Syabramallisi).

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;

وَأَمَّا الْمَرْأَةُ إذَا نَبَتَتْ لَهَا لِحْيَةٌ فَيُسْتَحَبُّ حَلْقُهَا ، صَرَّحَ بِهِ الْقَاضِي حُسَيْنٌ وَغَيْرُهُ وَكَذَا الشَّارِبُ وَالْعَنْفَقَةُ لَهَا ، هَذَا مَذْهَبُنَا

"Adapun wanita, apabila tumbuh baginya janggut, maka disunat mencukurnya sebagaimana yang telah disebutkan secara jelas oleh al-Qadhi Husain dan selainnya. Begitu juga misai dan kumis baginya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafi'i)."(al-Majmuk).
اليسع
Wallahu a'lam.

Ujian❣💌

Semalam sebelum saya masuk tidur, gosok kaki sendiri, ulang ulang dari atas ke bawah, sambil tu cakap dengan mak, "Nabi ayub dulu lag...