Monday, 24 July 2017

BidadariMu





Sebenarnya beberapa hari lepas, sya terjumpa tafsir dalam Al-Quran yg menyatakan .
.
"Di syurga nanti, tiada orang yg bujang, setiap lelaki disediakan 2 orang bidadari sebagai isteri yang kekal abadi keperawananya".
.
Allahuakhbar.. terbakar api kecemburuan!
lalu cube lagi mencari ape maksudnya?.
.
.
cube mendengar kuliah ustaz Wadi Anuar..
YA BENAR!! suami2 kita nanti dpt isteri bidadari yg tak tertanding cantik wanita dunia ini. 
Bayangkan..jika bidadari meludah ke dalam selautan air, maka air laut yg masin akan menjadi tawar..Jika di dunia ini kita berbuat jahat pada suami maka, 2 isteri mereka di syurga akan menjerkah kita.
.
"celaka la dikau wahai si isteri".
.
๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
eh..eh..kuliah ustaz ni buat saya makin cemburu n xpuas hati. Untunglah si suami dapat bidadari tak tertanding kecantikan .. sedangkan kita ni biasa2 . Habis kita ni kat syurga jadi ape pulak?.
.
RUPA-RUPANYA...... jeng. jeng..jeng.
.
Untuk wanita yg solehah, beriman dan mentaati suaminya,
ganjaran nya lebih besar!.
.
Wanita yg masuk syurga akan menjadi lbh cantik berganda2 dari bidadari..Jadi ketua bidadari lagi.
sebab tu dikatakan BIDADARI akan cemburu pada WANITA SOLEHAH.
.
sebaik sahaja kita meminum air dari Telaga Rasulullah S.A.W. yg diberi nama
Al-Kausar
Allah s.w.t akan beri kita 2 perkara.
.
pertama: Allah akan memberikan NUR kepada wajah kita.
.
.
kedua: Allah cabut semua perasaan dengki, cemburu iri hati.. dan segala perasaan  jahat yg pernah ada dlm diri manusia.
.
.
Maka berbahagialah penduduk dalam sebuah negara yang diberi  nama SYURGA .
.
.
JOM BUAT BIDADARI CEMBURU NGAN KITA ๐Ÿค—
.
.
camne nak jadi wanita solehah?
salah satu nya jaga AURAT ๐ŸŒน

#CoretanHawa๐Ÿ“ฟ

Saturday, 22 July 2017

Budak pondok




firstly,assalammualaikum.....hari nie nk share pasal satu Sahabat,alhamdulilah dalam banyak kwn yg ada hamya dia seorang yang tahu tentang diri ini sebelum hijrah,hanya dia yang tahu sejarah kejahiln yg pernah diri ini lakukan sebelum sebuah cerita hijrah bermula.....

dia budak pondok....hahahaha,but dia memang seorang yg gila2 sikit, dia nie memng seorang yg kelakar.....

first kenal dia nie di Instagram,chat pertama dari dia ialah dia sruh zu followback dia...hahahahah so dgn rela hati follow la dia blik tapi apa yg lucu dia ucap terima kasih tapi zu tk reply sbb malas nk layan๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ...so cerita part1 habis disitu.....

cerita part2 pula....hahahaha...sya tk ingat tapi kalau tk silap pasal dia prig rakam suara member dia nyanyi lagu despasito....and then zu pun komen la sikit kan tapi tak sangka pula ia adalah permulaan kepada sebuah perkenalan persahabatn...hahahha...

cerita part3 pula,nie pasal dia tegur post zu tnntg tangan cedera tapi sebenarnya masa tu practical punya kelas...hihihihi..saja nk kenakan org sikit...hahahaha...and then lastly dia tegur la psal tangan tu๐Ÿ˜†....dari situ la kisah persahabatan kita org bermula,walaupun mempunyai masa lalu yang tak baik tapi alhamdulilah dia tetap terima dengan hati yang terbuka..tapi memng dia agar gila2 sikit,tak habis la dgn cerita CUAK dia tu,org baru usik sikit dah cuak...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚....suka sangat kenakan dia tapi mau buat mcm mna dia tu cepat betul la juga mau cuak bha(keluar Bahasa sabah terus..hahahha)

dh la saiz badan dh comel lepas tu rajin betul la jga mahu makan tengah malam...-_-...hahahha..awk,tolong la berhenti makan tengah malam ya...hahahahahaha...
ohh ya,lupa nak cerita,zu paling suka dengar dia nyanyi sebabb suara dia best,maybe kalau dia baca alQuran lagi best tapi entah la bila dapat dengar dia membaca...hahahaha...kadang dia nie lucu juga,kadang dia sweet juga sampai nak bersemut telefon jadinya..hahahaha...

ok la tu je nk share tentang sahabat kita sorang nie...last word tuk awk,awk kalau nak bagi sya hadiah mohon percepatkan...hahahahaha...bagi hadiah yang boleh saya simpan lama ya..org sabah ckp.."jangan kasi lama"..hahahaha

semoga ikatan yang tercipta Allah jagakan hingga tiba satu saat Allah pertemukan dalam suasana yang bahagia...

Maka cerita PERSAHABATAN aku dan dia pun bermula,banyak kisah dan cerita yang dikongsikan bersama dalam proses mengenal diri masing2 tetapi walau apa pun yg terjadi sifat kejujuran jgn pernah hilang dalam sebuah hubungan agar hubungan tersebut lebih kekal hingga kehujungnya.

kadang kita tak pernah menyangka sebuah perkenalan yang biasa boleh membawa kepada episode cerita yang lebih menarik dan membahagiakan tapi kadang kita juga tak pernah menyangka bahawa sebuah perkenalan juga akan membawa kepada banyak cerita duka yang tak pernah kita sangka...

tetapi walau apa pun ceritanya,walau apa pun penghujungnya jangan pernah terlupa untuk berdoa kerna siapa pun kita,dimanapun kita berada hanya ALLAH yang mampu menjaga dan membantu kita.

walaupun pahit ditelan,berat untuk dibuang kisah lalu,kita sebagai hamba Allah kena terima sebab ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya...

semoga perkenalan kali ini bersama redha ALLAH๐Ÿ’™

Tangisan๐Ÿ“ฟ

Bila awak nak menangis akan sesuatu perkara, TAHAN TANGISAN tu.

Jangan bagi orang tengok kesedihan awak. Kerana takkan ada yang memahami. Especially a human.

Awak masuk bilik, then menangis. Dalam tangisan awak tu, sebutlah nama Allah.

Tak pun awk ambk wuduh dan dirikan solat atau pun menbaca AlQuran. "Ya Allah, aku lemah sangat pada waktu ni. Pujuk dan peluklah hambamu ini"

Saya sendiri pernah mengatakan perkataan ini. Ketika itu, saya down sangat2. 
Walaupun saya tak dapat lihat Allah, tapi saya rasa waktu tu tenang sangat. Sedu tangisan makin kuat. Lalu saya berhenti menangis


#DSM

Friday, 21 July 2017

my story

dh seminggu sakit,demam+batuk๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜ท,ustaz pernah kata"sakit itu salah satu cara Allah nk hapus dosa kita di masa lalu so be husnudzon....hihihihihi.....

kepada kwn2 yg baca blog nie,kalau ada apa2 soalan bleh la mohon komen ye๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰...


hari nie,dapat panggilan dari ummi sbb dh seminggu diam tnpa apa2 berita...
sebenarnya segan nak bagitau ummi yg diri tk brapa sihat nti kesian ummi,
so hanya mampu berdoa semoga ALLAH berikan kesembuhan sebelum exam menyelang..
mohon doa para sahabat agar zura dipermudahkan menjawap exam next week๐Ÿ’™๐Ÿ’™๐Ÿ’™๐Ÿ’™(yg itu cerita untuk hari nie 22/07/2017)

untuk cerita minggu nie pula,minggu nie zura ada posting clinical kat hospital,btw lupa nk cerita sebenarnya zura nie student nursing tapi baru tahun1,hihihihih.....pendekkan cerita,miggu nie tk brapa best sbb nikmat sihat ALLAH Tarik untuk seketika.....minggu nie posting di ward female surgical ward,masa posting kat sini ada peristiwa yang menyentuh hati sampai tanpa sedar menitis air mata nie,dalam satu sudut kat ward ada satu satu pasangan suami isteri,isterinya kelihatan mempunyai kekurangan dengan keadaan kakinya yg telah dipotong akibat penyakit critical limb ischemia,apa yg cuba zura share bkn la cerita pasal isteri dia yang sakit itu tapi adalah cerita tentang pengorbanan suaminya dalam menjaga isterinya,serius wehh,memng nmpk sangat suaminya itu seorang yg penyabar.Ada satu hari nie isterinya tu mengamuk apa sebabnya zura pun tak tau,ketika itu suaminya terlelap di tempat duduk sebelah katilnya,punyalah suaminya bangun secara mengejut tapi ketika isterinya tu mebebel suaminya itu tabahnya layan dia,dia senyum jak,terima apa yg isterinya katakn,dia terima segala kekurangan isterinya dan memberikan layanan yang terbaik menandakan yg dia tak pernah jemu dalam meyayangi isterinya,so moral of story,kita sebagai hamba Alla, semuanya ada kekurangan dan kelebihan yang Allah kurniakan jadi belajarlah untuk bersyukur dan menghargai,semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah๐Ÿ’™๐Ÿ’™๐Ÿ’™ Menjadi seorang jururawat bkn la senang tetapi  alhamdulilah membantu org sakit itu adalah sesuatu pekerjaan yang mulia walaupun penat dan lelah itu sntiasa ada.....

pada hari khamis dan jumaat,zura posting di OT(operatin theater),alhamdulilah dpt pengalaman bagaimana suasana dewan bedah terjadi,tapi seriously memng sejuk gila sebab suhu dalam dewan bedah 16'C wehhh,hahahha...sebab tu jga la demam makin teruk๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…,masa posting kat sini,ada kejadian comel terjadi pada hari jumaat...hahahaha..masa tu tgah duduk rehat kat kerusi menunggu,entah macam mana boleh pula terlelap kat kerusi tu,after that,beberapa minit kemudian ada satu mamat tegur(not sure la samaada doctor atau pun staf nurse) dia ckp "don't sleep here nti kamu jatuh,pergi rest room kalau tk sihat" maybe sbb muka dh pucat kot sebab tu dia tau zura sakit.Selepas tu kembali la ke rest room,masa tu baru otak berfungsi,Allahu malunya la juga sebab terlelap tanpa sedar kat kerusi tadi.....hahahah.....masa nie juga la dapat peluang tengok org bedah otak,suatu pengalaman yg sangat best walaupun ada rasa takut sikit dalam diri...hihihihi...

selepas peristiwa posting,kita org student nursing ada majlis sambutan raya,alhamdulilah,jimat duit belanja....hahahahahahah......best jga walaupun jadi tetamu yg terakhitr datang๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kadang kepenatan yang kita rasai pada hari ini adalah salah satu cara ALLAH untuk mengajar kita untuk menhargai dan bersyukur dengan nikmat kesenangan yg pernah kita rasai..
jika kita ikhlas dalam melakukan perkerjaan,percayahlah Allah ada cara untuk mengantikannya dengan sesuatu yg mampu membahagiakan
kita....





Luahan lelaki

Luahan hati seorang Lelaki.


Aku paling menyampah.

Dengan status perempuan yang malu malu.

Atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.

Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah.

Berada dalam landasan fikrah beragama.

Dari sekolah agama.

Belajar di institusi agama.

Tahu pasal agama.


Weyh perempuan!

Kalau kau kena mengorat.

Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat.

Garanglah sikit!

Bukan sekadar sombong je tapi garang!

Garang tahu tak?

Bukannya melemah lembutkan suara.

Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan.

Konon hendak menjaga hati.

Tapi menimbulkan masalah hati pula.

Bagaimana tu?

Menjaga apa namanya?

Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?


Bukannya mengada-ngada,

Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir.

Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair.

Malu-malu tak kena tempat.

Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat.

Main mesej tanpa urusan muammalat.

Kemudian kau salahkan lelaki?


Bagi aku lah kan.

Kau yang tak tegas.

Terlalu berlemah lembut tak kena tempat.

Bajet ayu untuk memikat.

Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian.

Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang.

Konon-konon kitalah muslimah solehah.

Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah.

Katanya :

"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati,urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, Adam ini ego tak menerima nasihat"

Alasan yang dah basi.

Itu semua poyo!


Wahai perempuan,

Jaga diri boleh tak?

Tegas dan garang!

Walaupun kau tu muslimah,

Jadilah tegas dan garang!

Tak payah nak berlembut sangat.

Biar lelaki benci!

Jangan lelaki jatuh hati!

Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau, kau bangga ke?


Daripada dia berkopiah langsung tak berambut.

Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik.

Hilang sudah seorang pejuang agama.


Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.

Maaflah kalau aku berkasar.

Bagi aku seorang muslimah solehah.

Dia mesti tegas!

Sebab dia tahu maruah diri dia di mana.

Dia tidak boleh berlembut sesuka hati.

Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai.

Lihat Zainab Al Ghazali.

Ummu Salamah.

Saidatina Aisyah.

Asiah.

Kerana agama mereka dibenci.

Kerana lantang bersuara mereka dicaci.

Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama.

Tak pernah pun lelaki mengorat mereka.


Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama.

Jika ada yang mahu menyunting.

Mereka mendapatkan secara terhormat.

Tak pernah mengorat secara dekat.

Wahai muslimah.

Yang ada fikrah agama.

Jika ada yang mahu mengorat anda!

Sila salahkan diri sendiri.

Refresh diri.

Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?

Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?

Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?


Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut.

Ayu dan terlalu memikat.

Namun sangat pengecut untuk bertegas.

Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya.

Apa? Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?

Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?

Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?

Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?


Maafkan aku jika berkasar.

Aku sudah muak + menyampah.

Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat!

Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat.

Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat.

Biar lelaki benci!

Jangan sampai mereka jatuh hati!


Aku penatlah.

Penat melayan semua ini.

Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?

Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, sentuh dan mengorat kau lagi!

Serius!

Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu.

Perempuan yang tiada pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu.

Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu:

"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu

the hijrah







Hijrah.

Pernah? Kau rasa mcm nak give up sebab kau rasa bila kau buat baik orang tak hargai. Kau nak stop buat baik. Kau rasa bila kau buat baik, kau adalah seorang yang 
hipokrit dgn Tuhan & semua orang. Pernah?
Tolong. Kuatkan hati, kuatkan iman. Tepis semua godaan syaitan. 
Tapi tak apa, aku faham. Lagi lagi bila hijrah kita tak disokong mana mana pihak. Hatta keluarga sendiri. Aku faham. Faham sangat. Orang yg kau anggap terpenting dalam hidup kau, selalu perli tntg penghijrahan kau.

Bila nampak sekumpulan berjubah/berniqab/berpurdah, mula la kau akan dengar suara² sumbang "tu kawan kau"
"weh tu hah geng kau"

Ya, sakit. Aku tahu. Tak kisah la ahli keluarga sendiri atau kawan. Ianya kekal sakit. Belum cerita yang perli kau bila kau tengah sarung stokin, handsock, tudung labuh. 
Untuk yang keluarga berlatar belakang kan agama, bersyukur lah. Sebab keluarga korang masih boleh faham & support korang. Bukanlah aku ckp yg tak berlatar belakang kan agama ni tak support. Cuma tak sehebat mcm keluarga kau yg mmg betul² kuat agamanya.

Berbeza, tahu?

Hijrah mmg perlukan fizikal & mental yang kuat. Tak tipu. Kalau dalam tempoh yg lama kau dah cuba jadi kuat, & tiba masanya kau jatuh. Tersungkur. Kau rasa lelah, percayalah. Waktu tu kau perlukan masa yang lebih banyak untuk bina tembok kekuatan semula. 

Sebab itu, kalau nampak kawan atau ahli keluarga yang tengah nak hijrah, jangan perli. Tapi sokonglah. Kalau kita tak dpt nak ikut dia hijrah sama sama, jangan jadi batu penghalang untuk dia terus cari redha Dia. Jangan sekat hijrah dia.

Friday, 14 July 2017

The sad story

tak tau la malam ini dapat markah untuk subjek BI...hmmm๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž...semoga Allah berikan kekuatan dalam menerima keputusan itu...mngkin sebab terlalu byk masalah yg hadir membuatkan diri terleka dalam persiapan untuk exam....Allah hanya namuMu ku mampu sebut,terbayang wajah ibu menanti keputusan,terbayang wajah umi dan abah...maafkan alonh,maafkan zura...

bersamaMU aku menciptakan kekuatan..
bersamaMU aku bangkit dari kelemaha....
BersamaMU aku cuba perbaiki diri...
kepadaMU juga aku mohon,jgn benarkan hati ini tk berasa cukup dgn reziki
walaupun hanya dalam bentuk yg sdikit,

Allah,aku hambaMu yang penuh dgn dosa
namun aku tk sanggup untuk melukakan hati mereka
yang amat penting dalan setiap sujud dan doa yang aku mohonkan,
permudahkanlah segala urusan ku dalam membahagiakan mereka...๐Ÿ’™

Allah,jgn benarkan hatiku merasakan tidak adil dgn takdirku...

bimbinglah aku,ya ALLAH
bimbinglah aku,ya ALLAH
bimbinglah aku,ya ALLAH





kubina kembali

Alhamdulilah,sebelum ini pernah buat blog tetapi password blog tk ingat so terpaksa buat yg baru,rindu dgn blok lama tapi apa kn daya memng tk bleh nk ingat....

sejujurnya syg sngt dgn blog tu sbb blog tu dh lama buat๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ tetapi redha jk la dh bkn tkdir untuk bersama...hihihihi...

semoga ini permulaaan yg baru bagi certa hidup yg baru...

NurseNiqabista๐Ÿ’™๐Ÿณ

Ujian❣๐Ÿ’Œ

Semalam sebelum saya masuk tidur, gosok kaki sendiri, ulang ulang dari atas ke bawah, sambil tu cakap dengan mak, "Nabi ayub dulu lag...